tersungkur sekali lagi…
Tuesday, August 22nd, 2006blog nie dinukilkan tidak sampai 24jam tamatnya saingan debat kemerdekaan inter IPT 2006 yang dilangsungkan di UM tahun ini…selama 18-22 ogos berkampung di Crystal Crown Hotel n KPS UM…byk perkara duka dinukilkan..bukan bermaksud tidak mensyukuri nikmat dan rezeki kurnian ALLAH tp sebagai manusia biasa mmg tidak boleh lari dari perasaan kesal,kecewa dan sedih dengan ape yang berlaku..
alhamdulillah,sekali lagi berjaya membawa TEAM DEBAT UM ke FINAL..hatriks pentas final berjaya dilakarkan sejak DEBAT INTEGRITI-DEBAT ALAM SEKITAR-DEBAT ARKIB KEMERDEKAAN…pencapaian ini dianggap sebagai satu kejayaan manis dan penuh kepuasan buat TEAM ORATOR UM buat temasya debat tahun ini…sekalipun dengan kejayaan yang dilakarkan itu,kekecewaan mmg tidak boleh lari dan disembunyikan…setelah tidak sampai sebulan,UM sekadar NAIB JOHAN di PENTAS FINAL ALAM SEKITAR, sejarah itu telah berulang dengan UM sekadar MUNCUL NAIB JOHAN juga DI PENTAS FINAL ARKIB KEMERDEKAAN.. lebih memahitkan,ianya berlaku di gelanggang sendiri.. entahlah,segalanya serba tidak menjadi buat percaturan team UM di pentas final itu…. performance kami mmg gagal memberikan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik…………
tp lagi pengalaman baru aku timba dalam perlawanan final semalam..keazaman yang tinggi dan strategi "kejam tapi bijak" dari pihak lawan (UTM) mmg turut mendidik dan mengasuh aku lagi ttg skill dalam dunia debat ini.. perlawanan final ARKIB> UM v UTM ini lebih banyak memberikan aku kesedaran dan ilmu2 baru yang boleh aku manfaatkan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik kelak… ntahlah,sekalipun kecewa dan kesal dengan ape yang dah dilakukan tp kesal dan kecewa tidak membawa apa erti..yang penting,pengalaman dan ilmu baru yang aku timba dari final match perlu aku pandang secara positif…
apresiasi la buat TEAM UTM .. gandingan dan pimpinan PAK DAT mmg wajar untuk dikagumi dan team UTM yang mmg nampak kekuatan perjuangan mereka…dari aspek itu,tidak salah rasanya untuk aku kagumi…. selayaknya,mereka adalah yang terlayak….
namun,buat TEAM UM….aku melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana kita masih lagi mampu konsisten untuk membuktikan UM KEKAL di PENTAS FINAL !!! …. tidak boleh menipu,sekalipun kecewa dengan apa yang dah berlaku di final match tu, tp biarlah…sejarah ini mengajar kita erti sebuah kemanisan di masa mendatang… saya ingin melahirkan SERIBU KEMAAFAN buat KONSULTAN AZIZUL HAKIM ttg apa yang dah saya n kami lakukan di final itu….kecewa abg,kecewa lagi saya n team…. AMPUN MAAF DIPINTA ….. USAHA BANTUAN DAN KERINGAT ABG AZIZUL, HANYA ALLAH MAMPU BALAS….
buat teamate..abg ejan,abg bukhari@datuk B,abg fifi….terima kasih bebanyak kerana gandingan kita ini masih lagi antara yang terbaik…buat team R&D..abg nizam,abg is,seri,husma,bida,azizi,john n wife…serta abg daniel n abg wan,yang sudi dtg membantu sekalipun bz dgn tesis agung mereka…SAYA UCAPKAN SEJUTA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH… dan THE ONE N ONLY, AZIZUL HAKIM… terima kasih yang tidak terkata…..
juga kepada AJK n RUNNERS yang menjadi penyokong setia TEAm UM…saya ucapkan terima kasih dan pimpinan KELAB ORATOR & PUISI UM melahirkan kebanggaan atas usaha cemerlang kalian semua dlm penganjuran ARKIB tahun ini..
utk setakat ini…. TERIMA KASIH UNTUK SEMUA….