Archive for November, 2007

peNtas DiraJa terAkhir ~

Friday, November 30th, 2007

2005 : SEPARUH AKHIR (tewas pd UPM)

2006 : JOHAN (tewaskan UiTM)

2007 : NAIB JOHAN (tewas pd UIAM)

begitulah serba sedikit sejarah aku dalam Debat Diraja - debat paling berprestij IPTA oleh MADUM. Kini, dengan rasminya aku katakan "tiada lagi Debat Diraja buatku…itulah pentas diraja terakhir aku"

Sepintas lalu, memori Royal 2007 adalah paling menggamit perasaan. Kem latihan yg penuh dengan musibah dan ujian dari Allah, kita lalui bersama. Dari kerenah Bidasari yang telah berkahwin (kami memahami tgjwb anda) dan Azizi yang fi’il nya membawa 1001 rahmat pada team kami serta pengorbanan Azri@joHn yg cukup aku kagumi…thanx Bro! Kehadiran Shahid dan Mazuin pada saat akhir..seolah2 dimudahkan Allah dan kesudian Haris menerima lamaran kami kali ini,sangat menggembirakan aku!….

akhirnya, sekali lagi, UM di pentas Final ! Menewaskan UKM di suku akhir (timbal balik untuk Debat Alam Sekitar 07) dan Menewaskan UiTM dengan penuh bergaya di semi (timbal balik untuk Integriti dan Arkib)…berjumpa lah dengan UIAM di Final… pertembungan yg mmg aku nanti2kan !

malam sebelum Final..aku sudah cukup gembira… apabila UM tetap diumumkan sebagai PASUKAN DEBAT BM TERBAIK 2007 ! Ini kali keDua berturut2 kejayaan ini dikecapi dan aku sgt gembira berada dlm delegasi ini selama 2 tahun berturut2 anugerah ini UM kecapi !Inilah sasaran utama aku sepanjang 2007 dan yg sgt aku nanti2kan pd edisi royal kali ni…n alhamdulillah…. ALLAH memakbulkan !

Final >>>> bertemu dengan UIAM. Jujurnya, aku ingin meminta maaf pada keseluruhan delegasi UM dan peminat UM yang menginginkan kejuaraan itu dipertahankan…tp itulah suratannya! Kita patut redha kerana dalam ketidaksempurnaan latihan dan pasukan Utama yang tiada bantuan simpanan dan researcher… Otel - Haris - Ali. kita masih lagi mampu membuktikan yang ‘Pentas Itu tetap Milik Kita’..! di Final itu, aku terlalu menghormati perjuangan pihak UIAM (terutama Abg Daud)… He deserved to win it ! Beliau sudah terlalu berusaha untuk itu.. lagipon, aku telah menjulangnya ! kadang2, kita tidak boleh terlalu ghairah untuk mengulangi kemenangan hingga kita alpa erti sebuah perjuangan….. dengan menghormati perjuangan mereka, itulah perngorbanan yg saya lakukan….kerana sy paham bagaimana berusahanya mereka ke arah itu sebagaimana yg saya lakukan pada edisi royal yg lalu… Alhamdulillah… He won ! Tahniah bang ! bangga gak la… abg daud..kajol..abg ali..haris..aku > produk SBP yang dilahirkan pada Datuk Shukor, PPM dan Debat UIAM !..bersemuka di Pentas Diraja IPTA !

Untuk Haris… mmg cita - cita dia nie sgt tinggi untuk menang tp for me… dia telah pun menang ! Menjadi 1st timer dalam debat IPT (sgt sibuk untuk prep ke Jepun), nasiblah lamaran diterima (beliau baru abis exam perdana ketika itu), akhirnya disatukan dalam team dan BERJAYA ke PENTAS AKHIR ! Pencapaian yg sgt sukar untuk dilakukan oleh mana2 pendebat lain… Haris dah berjaya lakukan ! ORATOR UM MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN HARIS UNTUK TERLIBAT DALAM DELEGASI KALI INI ! TAHNIAH ! KAMI DOAKAN HARIS BERJAYA KE JEPUN ! ~memori paling bermakna buat Haris n kami semua ~

Terima kasih buat :

a) SIFU AZIZUL HAKIM : manusia yg tiada galang gantinya! Maaf x dpt retain champ tp sy harap abg memahami !

b) SIFU HASRIL : manusia yg aku ingin sedut otak pemikirannya. kami byk sgt belajar dari abg! Maaf x dpt nak retain champ gak !

c) SIFU AZERAI : manusia yg sgt kaya dengan pengorbanannya. kami byk terhutang budi pd abg. ingat, suka duka kita bersama ! Orator UM mengalu2kan kehadiran abg sebagai warga UM !

d) ALI ASYRAF : inilah gandingan kita yang terakhir ! Teori SHAH - SMAPK tu sy rase dah boleh dibuktikan lah ! Hopefully, abg akan trus mengemudi kelestarian kegemilangan UM pada edisi 2008. PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA !

e) AZRI @ JOHN : thanz atas pengorbanan ko John ! Jgn kecewa sbb ALLAH itu MAHA ADIL ! Percaya dan Yakin pada rezeki Nya ! U did well kali ini !

f) ZATI : tahniah ! u did very well ! jgn lupa asal - usul, trus berbakti untuk orator.. ko lah satu2nya Bunga di Hati kaMi !

g) HARIS : sory x dpt bawa Haris untuk JOhan. Thanz sbb memakbulkan my hajat untuk 1 team ngan budak nie. BEST OF LUCK studi !

h) ALL D JUNIORS : Dayat - Lukman - Shahril - Zahid - Acap - fairuz - nana - Shahid - Mazuin - Shen : Korang sgt best ! Dekat di hati ! Thanx terima Otel seadanya !

i) ABG NIZAM : thanz atas segala pengorbanan n sokongan !

Juga, buat semua warga Orator UM yang menyokong secara aktif mahupun pasif ! kejayaan ini MILIK KITA BERSAMA !

SAYA MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN DAN KETIDAKPUASHATIAN PADA DELEGASI UM ROYAL 2007 INI. SERTA BUAT SEMUA RAKAN PENDEBAT DI LUAR SANA, TERUSKAN BERJUANG ! NIAT PERLU IKHLAS ! USAHA PERLU BERSUNGGUH !

"BIARLAH DI PENTAS PERDEBATAN KITA MUSUH SEJATI..TAPI DI LUARNYA KITA ADALAH TEMAN PALING SETIA !" -Otel-

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ORATOR UM.. KALENDAR PERJUANGAN 2008 TELAH BERMULA !!!

Debat Diraja 2007 : UM masih Gah!

Thursday, November 29th, 2007

Debat Diraja IPTA 2007 berakhir semalam (29Nov 2007) di UiTM Shah Alam. Blog ini adalah laporan pencapaian Delegasi UM di Royal Debate 2007 ini.

1) Bahasa Melayu Utama : NAIB JOHAN (tewas pada UIAM).

2) Bahasa Melayu Muda : SEPARUH AKHIR (tewas pada UKM).

3) Top 10 Pendebat Terbaik Liga (MUDA) :

            a) Wan Nur Izzati - rank3

            b) Azri Zahier Azmi - rank5

4) Bahasa Inggeris Utama : SEPARUH AKHIR

5) Bahasa Arab UTAMA : NAIB JOHAN (tewas pada UIAM).

Tahun 2006 di UNIMAS lalu, menyaksikan penguasaan pasukan debat UM dalam BM, BI (muda) dan B.ARAB tetapi kali ini di UITM menyaksikan UIAM memonopoli keseluruhan kategori. Tahniah buat mereka.

MALAM ANUGERAH MAJLIS DEBAT UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM) 2007

1)PASUKAN DEBAT TERBAIK BAHASA MELAYU 2007 : Pasukan Debat Bahasa Melayu UM mempertahankan anugerah ini untuk 2 tahun berturut-turut melihat kepada pencapaian konsisten sepanjang musim Debat 2007. Tahniah !

2)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 - MOHAMED ZUL FADHLI KHAIRUDDIN. : Ini merupakan anugerah MADUM buat pendebat/pemidato paling menonjol dan menyerlah sepanjang penglibatan dalam setiap tournament. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut anugerah ini dimiliki oleh pendebat UM. (2005: Azizul Hakim - 2006:Shahrizan - 2007:Fadhli@Otel). Tahniah !

3)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 BAHASA INGGERIS - Catherine Koh.

4)ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU (PENDEBAT/PEMIDATO) MADUM 2007 BAHASA ARAB - Anuar Hasin.

5)ANUGERAH KHAS ANTARABANGSA (English Debate Australasia).

Tahniah buat Delegasi UM ke Debat Diraja MADUM 2007 !

exam TamaT dengan JayaNya !

Monday, November 19th, 2007

aKhirnya, final Exam tamat ! mmg menjadi cita-cita aku, untuk memikirkan apa kaedah alternatif untuk menggantikan exam ni. Entah, mcm dah x best la exam bertulis nie…. kengkadang, meramaikan lagi hamba Allah belajar berniatkan untuk lulus exam.. hehe. x nak jadi too idealistic,,once aku dah dpt fikirkan ape kaedahnya baru leh pukul kompang ye.. hehe.

well, cuti Sem officially begin.. about a month juga cutinya. buat member2 UM > pendaftaran online subjek adalah pada 3 Disember 2007 ni dan leh lah start arrange jadual (mula kuar kat umisisweb 26 Nov ni)… ni pun sistem ’sape cepat die dapat!’..

dalam masa yang sama, Persediaan Ke Debat Diraja IPTA 2007 Kontinjen UM telah pun dimulakan secara rasmi semalam. Alhamdulillah semuanya abis exam 17hb, so senang nak atur jadual. lebih2 lagi nak kena hantar 4 pasukan pulak taun ni. bakal berlangsung di UiTM Shah Alam, dekat sgt la pada 24hb - 29hb Nov 2007.. Untuk semua junior2/rakan2/senior2 pendebat UM, bersungguh la yer ! Ikhlaskan hati ! tu yang paling penting ! SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA BERSAMA & DIMURAHKAN REZEKI BUAT KITA BERSAMA ! Amin ~

Ok la, rasa nye setakat ni dulu lah.

THES Result : UM : 246 di dunia, 1 antara Kita.

Friday, November 9th, 2007

Belum pun sampai seminggu ranking IPTA tempatan dikeluarkan oleh Majlis Penilaian tempatan kita, hari ini kita dihidangkan pula dengan Laporan terkini Ranking IPT dunia oleh Times Higher Education (THES). Jika difikirkan, inilah badannya yang mencetuskan fenomena berlumba-lumba mengejar ranking dan menjadi hidangan akhbar untuk merendah2kan kewibawaan IPTA kita.

kita pernah dibanggakan dengan sebuah IPTA yang berjaya menghuni 100 tempat teratas….sebelum jatuh dan menghuni tempat 200 teratas…polemiknya lebih menarik apabila UM dipintas UKM ketika itu hingga mencetuskan perdebatan hangat dan singkat tentang kredibiliti UM selaku IPT Perdana negara……………………

Hari ini……..THES mendedahkan….tiada satu pun IPTA kita singgah menghuni tempat 100 teratas, mahupun 200 teratas…mahupun 300 teratas…… Informasinya…. UM di Rank 246… UKM di Rank 303 dan USM di Rank 307… jatuh merudum se merudumnya !

simboliknya, UKM jatuh dari kedudukan terbaik yang dihuni tahun lalu, USM pun bertambah jatuh (sekalipun baru dinobatkan IPTA Cemerlang) dan UM pun jatuh lagi…… mungkin untuk menarik nafas lega atau ingin menyedapkan hati,,,, UM diangkat kembali sebagai IPTA kita yang baik kedudukannya berbanding IPTA kita yang turut ‘bermain’ dalam Carta IPT ini…. at least, kita tetap dalam 300 teratas… penurunan yang cukup sistematik.. dari top100 ke top200 ke top300..

apa lagi yang hendak kita kejar dengan THES ini? Datuk Rafiah Salim dalam PC nya mengatakan THES mengubah lagi kriteria dan kalkulasi nya dalam penentuan Carta IPT ini…. Hal money supplement turut dimainkan oleh Wanita Pertama NC Malaysia ini dalam merencanakan perbandingan yang ketara berlaku tahun ini.. sementara itu, rakan Wanita NC dari UKM pula bernada cukup optimis dengan mengatakan segala perubahan dan tindakan ke arah meningkatkan mutu UKM akan terus digandakan namun perlu realistik yang ianya mengambil masa.. kita masih hendak mengejar THES ini…. ?

selaku mahasiswa… mungkin saya tidak merasakan sangat ‘pressure’ yang dialami pihak pimpinan varsiti mengenai status yang ditaja oleh THES ini… perubahan yang ketara yang boleh dinyatakan pun, melambaknya pelajar2 luar negara yang mula menghuni varsiti ini…. kemudahan di makmal, masih sama… seusia dengan usia 100tahun varsiti ini… entahlah.

sekadar satu suara,,, meluaskan kuata pengambilan pelajar asing…. meningkatkan penawaran khidmat kepakaran profesional asing… mewajibkan perantaraan dalam bahasa asing (english)… APAKAH INI SATU LAGI PROPAGANDA ASING DALAM MENJAJAH HALUS PEMIKIRAN KITA ???

‘melayu xkan keHilangan dunia’

Thursday, November 8th, 2007

perhimpunan Agung UMNO ke-58 sedang berlangsung. Besok(9 Nov) akan kedengaran lah ucapan penggulungan menandakan penangguhan mesyuarat sehingga pada satu tarikh pada tahun hdpn(diramalkan akan berlaku pemilihan pimpinan baru UMNO gak)… well, setakat ni, nampaknya berbaloi juga lah tindakan tidak men’siaran langsung’kan persidangan sebagaimana yang dilakukan ASTRO tahun lalu. cukuplah hanya Berita terkini setiap jam yang melaporkan n laporan penuh pada berita perdana 8 malam… kengkadang Melayu ni bercakap, leh jadi lain gak…. Bumi Msia ni bukan dihuni oleh 1 kaum jer… elok juga la tapisan n saringan dalam bab2 mcmnie….

Ucapan Pak Lah bolehlah dianggap sangat memberangsangkan.. tiada ‘hint’ election pun dalam ucapan Dasarnya… ilham x mai lagik la tu.. atau mmg blum tiba lagi detik nya.. bulan 11 n bulan 12 ni, ramai pi haji.. nanti kurang plak undi…atau paling lewat pun sebelum bulan April next year atau …. hanya Pak Lah jer yang ada hak nak menentukannya… ucapan dasar Pak Lah dalam persidangan kali ni dianggap ramai pihak sebagai Yang Terbaik sepanjang beliau di pucuk pimpinan.. satu progress yang baik.. dan ucapan tahniah perlu diberi gak pada ‘team pemikir’ Pak Lah yg semestinya bertungkus lumus menyiapkan ucapan tu.. hehe. belum sempat lagi baca ucapan penuhnya (kuar kat Utusan je sbb smua paper lain cuti Deepa)…nanti la baca same2 yer…

ada satu isu yang best gak… dibawa oleh seorang perwakilan yang saya rasa cukup penuh dengan maksud siratannya… beliau memainkan kata-kata keramat Tokoh Hang Tuah mengenai melayu yakni "Takkan Melayu Hilang di Dunia".. mengajak melayu menginsafi apakah kita sudah berjaya dalam tempoh 50 tahun memiliki tanahair hingga mencetuskan kata-kata keramat baru… ‘Melayu Xkan Kehilangan Dunia!".. kata-kata perwakilan ni wajar diinsafi dan direnungi sebaiknya…

ketika Pak Lah mengajak Melayu melangkah ke Fasa 50 tahun kedua kemerdekaan negara…. adakah Melayu sudah melakarkan sesuatu dalam 50 tahun Fasa awal ni? Ekuiti =18.9% dan kemiskinan= 91.9%, apakah ni petanda yang baik ?

cuma yang menarik kali ini, intipati persidangan tidak begitu idealistik sebaliknya realistik…….perkembangan yang harus diterima baik !