“Pakistani Political Giant” : Selamat Dikebumi
Friday, December 28th, 2007Salam.
Takziah buat semua pengikut setia cerita ‘iron lady’ Pakistan = Benazir Bhutto. Mungkin inilah suratan Allah, keluarga Bhutto tumpas di tangan musuh politiknya… dari politik mereka bermula, dengan politik jua mereka berakhir.
"I have prepared my family and my loved ones for any possibility". Kata serikandi ini setelah kembali ‘menempah ajal’ di Pakistan Oktober lalu. Begitulah jua kata ramai penganalisis politik betapa wanita ini sudah mengerti akan risiko untuk kembali ‘berpesta’ di Pakistan namun itulah semangat, intuisi dan integriti seorang pejuang Politik !
Nyata, niatnya tidak diizinkan Allah…. 9.16pm waktu Malaysia ‘berlumba-lumba’ setiap siaran televisyen tempatan menyiarkan laporan TERGEMPAR pembunuhan Benazir Bhutto. Tumpas jua akhirnya ke tangan Pengebom Berani Mati. Ditembak di dada dan leher (ada laporan di kepala) dan terkena serpihan bom, surgeons di Rawalpindi GH gagal menyelamatkan nyawa pejuang ini. AL-FATIHAH…….
Kini, jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan pusara ayahandanya (juga menjadi bunuhan pemangsa politik). Jasadnya sudah tiada, rohnya sudah ke alam barzakh. Pastinya persoalan
APAKAH PERJUANGAN YG DINAUNGI BHUTTO TURUT ‘SELAMAT DIKEBUMIKAN’ ??? APAKAH PULA RENTAK POLITIK PAKISTAN SELEPAS INI ??? ADAKAH RAGAM PENGGANAS AKAN SURUT ??? ATAU NAWAZ SYARIF PULA DLM ‘WAITING LIST’ ??? APAKAH PERVES MUSHARAF PUNYA MOTIF DI SEBALIK TRAGEDI TRAGIS INI ???
DAN…. Bilakah Masyarakat Islam hendak sedar dan kembali Bersatu………… ???
Hingga ke detik ini, BERPOLITIK ITU TETAP KOTOR !!!
AL- FATIHAH buat BENAZIR BHUTTO (Pakistani Political Giant)…..