Debat Integriti: Apa yang perlu ?
Salam.
Debat Integriti Antara Varsiti 2008 kembali. Kali ini, sekali lagi USM akan menerima kunjungan para pendebat, para penyokong, para peminat n para pengkritik (kerja baru aku :p ) debat selepas menjadi hos Debat Alam Sekitar 2006 yang lalu. Rajin btul USM ni jd tuan rumah. Dpt untung lebih ek? hehe.
Setahu saya, usul debat Integriti musim ini telah pun difaks kepada varsiti yang bertanding. (usul boleh juga didapati di oratorunimalaya.wordpress.com). Ttg usul, saya merasakan skop pdebatan kali ini agak luas dan tidak hanya terhad untuk membincangkan mengenai birokrasi+rasuah+salah guna kuasa semata2. Isu ttg bola sepak, artis, jenayah culik kanak-kanak, kemerosotan disiplin dan isu2 berkaitan rasuah antara yang bakal dibahaskan di USM kelak hujung minggu hadapan (1hb-5hb Februari). Erm, untuk 30 usul diberi seminggu sebelum pertandingan, saya kira satu jangka masa yang sudah memadai untuk seluruh jentera debat varsiti melakukan ’study’ dan ‘research’ kepada kehendak usul yang diinginkan. Best of Luck para ‘researchers’ !
Apa yang perlu untuk debat integriti nie ye ? Saya cuba untuk berkongsi ilmu yang ada berkaitan debat Integriti nie berdasarkan pengalaman sebanyak dua kali menyertai debat ini. Alhamdulillah dengan kejayaan bagi kedua-dua penyertaan tersebut. (2006=Johan & 2007=Naib Johan).
1. Erti dan penakrifan INTEGRITI ini perlu difahamkan dengan teliti. Jangan terlalu memandang INTEGRITI ini isunya hanya pada rasuah dan kerenah birokrasi semata-mata ya ! Dengan memahami maksud sebenar INTEGRITI ini, pasukan anda akan dapat menyesuaikan isu-isu yg ada bagi setiap usul dengan mudah tanpa lari dari tema integriti tersebut.
2. Hujah BERFAKTA, BERAUTORITATIF dan BERKUALITI. Bagi saya, debat integriti sgt mementingkan penghujahan substantif yang tidak retorik dan mendokong pengisian mantap dalam penghujahan. Seeloknya, pilihlah isu-isu berkaitan integriti yang paling terkini ! Jgn isu-isu lapuk lagi yang diutarakan. Biar ‘latest’ dan ‘valid’.Autoritatif kepada penghujahan (perkara biasa dalam debat) sgt dititikberatkan oleh debat sebegini. Dan, seeloknya pembentangan hujah ini dihuraikan dengan efisien, jgn kuantiti yang dititikberatkan tapi kualiti hujah tersebut ya!
3. Kuasailah TEKAD 2008 ! Ini terdapat dalam buku Pelan Integriti Nasional. P.I.N ini adalah kitab wajib yang perlu dikhatamkan dan fasih dengan selok-belok dalam penerangan yang diberikan. Lebih-lebih lagi tekad PIN akan berakhir tahun 2008 ini dan pastinya perdebatan akan cenderung melihat hasil tekad tersebut. Dalam keadaan sebegini, dengan memahami TEKAD 2008 tersebut, pendebat boleh ‘manipulate’ isu.
4. Bijak BERSENTIMEN dan BERDIPLOMASI ! Ini pun faktor penting dalam debat seumpama ini. Cuma, kena bijak dalam keadaan usul yang berpihak kepada situasi semasa, janganlah pula terlalu bersentimen hingga dianggap ‘mengipas’ atau ‘membodek’ penganjur. Jika usul menentang sensitiviti, pendebat perlu bijak untuk mencadang atau membangkang dengan cara yang penuh diplomasi. tidak boleh untuk menghentam mana -mana pihak.
Erm, rasenye 4 intipati asas di atas ini perlu pendebat mahir dan manfaatkan. Pada mana-mana pihak, saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada berdasarkan pengalaman yang telah ditimba. Jangan salah anggap apa-apa ya !
Ok, buat pendebat yang bakal bertanding…. DO YOUR BEST ye! Jika ada kelapangan, saya akan bertandang ke USM.
Buat Kontijen Integriti UM… baik team senior dan team junior (kali ini mempertaruhkan dua team).. start intensive training ya next week ?.. BEST OF LUCK ! Doa saya sentiasa bersama kalian ! PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA !!!

August 22nd, 2008 at 8:52 am
2 je