IKIM:Pertama & Terakhir.

salam.

Debat Kefahaman Islam IKIM telah pun selamat melabuhkan tirainya 8 Januari lalu. Pertemuan UM vs USIM di pentas akhir buat pertama kali sungguh mengujakan. Alhamdulillah, segalanya dimakbulkan. UM MUNCUL JOHAN sekali lagi ! Kejayaan yang membalas segala jerih perih, kesabaran n ketabahan… ALHAMDULILLAH !

Tahniah buat teamate.. Azri@John (Best Speaker), zati, acap n wan zahidah yang byk membantu. Buat rakan-rakan Orator yg lain (abg ali, kak sarah, nanu, kakak john, shahid, haris, dayat, lukman, shahril) Terima kasih atas sokongan semua ! dan yang paling utama, Sifu Azizul Hakim yang mmg byk sgt membantu…. mak abah x dilupakan juga !… TAHNIAH !

KIni, segalanya sudah berakhir….! Sudah tiba masanya, kelibat aksi aku di pentas perdebatan varsiti aku labuhkan. Simboliknya, piala PERTAMA yang kujulang adalah PIALA IKIM… dan piala TERAKHIR yang kujulang juga adalah PIALA IKIM. Moga perjuangan aku dlm debat varsiti untuk UM selama ini diberkati oleh Allah Taala.

Buat rakan2 Orator UM > terima kasih yang tidak terhingga atas segala-galanya. Inilah ruang & peluang yang korang perlu manfaatkan. pada yang pernah berduka dengan kehadiran Otel ni, saya MINTA MAAF. Masing-masing punya intepretasi dan ekspresi tersendiri. pada yang pernah melalui perjuangan bersama Otel ni, TERIMA KASIH n MINTA MAAF juga. pada yang sentiasa menyokong n memahami Otel ni, ALLAH sahaja yang Bisa membalasnya. INgat, selepas ini tgjwb akan jadi lebih berat dan besar. kalau korang selesa dengan apa yang telah dilakarkan, takut terlupa nak mengukir kegemilangan lagi. Jadi, berhati-hatilah. sokongan saya + doa saya akan sentiasa bersama korang !

Buat rakan2 pendebat varsiti > MINTA MAAF ATAS SEGALANYA ! Ketika berdebat, saya hanya menjalankan amanah. andai ada yang terluka dan terhiris, MAAF saya hulurkan! dedikasi buat semua (yang mengenali)… terima kasih atas support ! terima kasih atas kritik ! terima kasih atas hinaan n pujian ! Pesanan saya : "biarlah di pentas perdebatan kita bertegang urat, namun di luarnya KITA TEMAN SETIA". sElamat meneruskan Pejuangan !!!

(sinopsis next post : Previu+Recaps Otel di Debat Integriti)

One Response to “IKIM:Pertama & Terakhir.”

  1. HaRiS Says:

    berakhirnya perjuangan.. bermakna bermula sebuah lagenda

Leave a Reply