Archive for February, 2008

Cerita Baru !

Wednesday, February 20th, 2008

SALAM SEMUA.
Untuk perhatian,
saya ada cerita baru !
bukan filem Dunia Baru !
atau menjadi orang baru !
tapi
saya sudah ada BLOG BARU !!!!!
silalah melawat & memberi kritik/komen
di penamaya.wordpress.com

THANZ !

Syabas !!!

Saturday, February 9th, 2008

Salam.

Debat Perdana Integriti antara IPT telah pun tamat 5 Februari lalu. Alhamdulillah, UM kembali merampas kejuaraan setelah ‘meminjam’kannya kepada UiTM tahun lalu. Ini adalah hatriks final UM untuk Debat Integriti (sejak 2006) dan dua kali dinobatkan sebagai Juara (2006 & 2008) buat setakat ini. ALHAMDULILLAH !

UM menghantar dua pasukan dalam kejohanan kali ini. Tentunya, team Senior (Ali,Azri,Shen) dan team Junior (Shahid,lukman,Dayat). Setelah tamat 6 pusingan, team Senior berjaya mengungguli carta Liga dengan 5 kemenangan sementara Junior berada di tangga ke-20, (out of 42 groups yang bertanding) dengan mencatat 3 kemenangan. Satu prestasi yang memberangsangkan untuk pasukan yang masih ‘belum baligh’ dalam arena ini. Xpe ye junior,bila hang semua dah ‘baligh’ nanti, saya percaya korang mampu melakukan yang lebig baik !

Suku Akhir bertemu UiTM (gandingan bersama mOnt n Nizam B)–match yang agak menarik n best dan kali ini, rezeki berpihak pada UM untuk mara ke Semi.

Separuh aKhir bertemu USM (tuan rumah) namun alhamdulillah.. dewan itu UM kuasai dan rezeki sekali lagi berpihak untuk UM mara ke pentas perdana itu !

AkHIR — pertemuan ‘adik-beradik’. UM v UNITEN (tahniah sifu !). Ternyata, rezeki masih lagi dimurahkan Allah buat UM muncul Juara. Tahniah juga buat Farhan sebagai pendebat terbaik akhir. Tahniah juga buat UNITEN ! (kembali melakar keGAHan).

ALHAMDULILLAH…inilah segala-galanya expresi yang wajib dan wajar. Kali ini, saya datang sebagai pemerhati dan penyokong kepada delegasi. Tidak tampil sebagai pendebat ! Ramai gak yang bertanya (bersarakah anda?, kenapa x masuk?, selamat bersara…) hehe. menarik gak. Tapi persetan kan smua itu….huhu.

Dalam masa yang sama, saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak pulang ke UM (sebagaimana yang dirancang) untuk urusan ASTAR Debate. Maaflah pada pihak-pihak tertentu. Kerana ketika itu, saya percaya pada kredibiliti dan kebolehan organisasi ASTAR Debate untuk bertindak dan tanggungjawab saya adalah untuk bersama delegasi Integriti UM di USM adalah lebih ‘aula. Apapun,segalanya berjalan juga dengan lancar sekalipun ada cerita-cerita yang menjadi kebiasaan pada kalangan yang tidak berpuas hati. Tahniah UIAM atas kejuaraan di Astar Debate. (rasanya dah lama sgt dah UM kepingan nak johan di ASTAR tu). Terima kasih pada rakan-rakan pendebat (espcially ex dbtrs n seniors) yang membantu menjadi hakim semasa ASTAR debate aritu. ALLAH bisa membalas jasa kalian !

Well, untuk delegasi Integriti UM.. tahniah ! di sebalik kejayaan yang terus dilakar ini, ingat, masih ketara lagi kelemahan yang ada dalam kombinasi korang. jangan terlalu selesa dengan rezeki ini sebaliknya syukurilah dengan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik di kalangan yang baik-baik. To Ali Asyraf (now is ur time Bro!), Azri (rajinlah berubah!) dan Shen (fokus dan jgn leka). begitu juga Shahid dan Dayat (belajar rajin! get a good cgpa!)–jgn tinggalkan UM ini. Lukman (pandai2lah bahagi masa).

Walau apapun jua, Sifu Azizul Hakim—- saya berterima kasih bagi pihak kedua2 pasukan atas jasa baik abang terus tidak lokek menabur ilmu debat ini. "Kaulah satu-satunya……….."

ALHAMDULILLAH ! Syabas Orator !!!