THES Result : UM : 246 di dunia, 1 antara Kita.
November 9th, 2007 by mrlactoBelum pun sampai seminggu ranking IPTA tempatan dikeluarkan oleh Majlis Penilaian tempatan kita, hari ini kita dihidangkan pula dengan Laporan terkini Ranking IPT dunia oleh Times Higher Education (THES). Jika difikirkan, inilah badannya yang mencetuskan fenomena berlumba-lumba mengejar ranking dan menjadi hidangan akhbar untuk merendah2kan kewibawaan IPTA kita.
kita pernah dibanggakan dengan sebuah IPTA yang berjaya menghuni 100 tempat teratas….sebelum jatuh dan menghuni tempat 200 teratas…polemiknya lebih menarik apabila UM dipintas UKM ketika itu hingga mencetuskan perdebatan hangat dan singkat tentang kredibiliti UM selaku IPT Perdana negara……………………
Hari ini……..THES mendedahkan….tiada satu pun IPTA kita singgah menghuni tempat 100 teratas, mahupun 200 teratas…mahupun 300 teratas…… Informasinya…. UM di Rank 246… UKM di Rank 303 dan USM di Rank 307… jatuh merudum se merudumnya !
simboliknya, UKM jatuh dari kedudukan terbaik yang dihuni tahun lalu, USM pun bertambah jatuh (sekalipun baru dinobatkan IPTA Cemerlang) dan UM pun jatuh lagi…… mungkin untuk menarik nafas lega atau ingin menyedapkan hati,,,, UM diangkat kembali sebagai IPTA kita yang baik kedudukannya berbanding IPTA kita yang turut ‘bermain’ dalam Carta IPT ini…. at least, kita tetap dalam 300 teratas… penurunan yang cukup sistematik.. dari top100 ke top200 ke top300..
apa lagi yang hendak kita kejar dengan THES ini? Datuk Rafiah Salim dalam PC nya mengatakan THES mengubah lagi kriteria dan kalkulasi nya dalam penentuan Carta IPT ini…. Hal money supplement turut dimainkan oleh Wanita Pertama NC Malaysia ini dalam merencanakan perbandingan yang ketara berlaku tahun ini.. sementara itu, rakan Wanita NC dari UKM pula bernada cukup optimis dengan mengatakan segala perubahan dan tindakan ke arah meningkatkan mutu UKM akan terus digandakan namun perlu realistik yang ianya mengambil masa.. kita masih hendak mengejar THES ini…. ?
selaku mahasiswa… mungkin saya tidak merasakan sangat ‘pressure’ yang dialami pihak pimpinan varsiti mengenai status yang ditaja oleh THES ini… perubahan yang ketara yang boleh dinyatakan pun, melambaknya pelajar2 luar negara yang mula menghuni varsiti ini…. kemudahan di makmal, masih sama… seusia dengan usia 100tahun varsiti ini… entahlah.
sekadar satu suara,,, meluaskan kuata pengambilan pelajar asing…. meningkatkan penawaran khidmat kepakaran profesional asing… mewajibkan perantaraan dalam bahasa asing (english)… APAKAH INI SATU LAGI PROPAGANDA ASING DALAM MENJAJAH HALUS PEMIKIRAN KITA ???